Selamat Datang ke Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya Blogspot

Sunday 20 September 2015

Tingkatkan Kefahaman Tentang Aidil Adha


Dalam tradisi masyarakat Melayu, Aidilfitri atau yang disebut Hari Raya Puasa disambut besar-besaran. Bahkan dalam masyarakat Melayu pada hari ini Hari Raya Aidilfitri disambut sehingga sebulan dengan acara rumah terbuka terutamanya masyarakat Melayu di Bandar.

Hal ini berbeza dengan suasana di Tanah Arab. Sambutan besar sebenarnya lebih tertumpu kepada Aidiladha atau yang disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban oleh masyarakat Melayu. Ini berlaku kerana sambutan Aidilfitri sebenarnya hanya disambut dalam satu hari sahaja, bahkan takbir untuk Aidilfitri hanya bermula dari malam 1 Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Ini berbeza dengan Aidiladha di mana takbir bermula dari malam 10 Zulhijjah sehingga ke tamat hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah. Ini bermakna Aidiladha disambut selama tiga hari dengan dipenuhi dengan ibadah haji dan korban.

Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Berbeza dengan sambutan Aidilfitri, Aidiladha biasanya disambut secara sederhana oleh kebanyakan masyarakat Islam di Negara kita. Ada sebahagian masyarakat Islam gagal untuk menghayati maksud sebenar disebalik sambutan Hari Raya Aidiladha ini dan akhirnya mereka hanya menyambut Aidiladha dengan berehat di rumah dan bercuti seperti hari biasa mereka bercuti, berbeza dengan sambutan mereka ketika menyambut Aidilfitri, ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian Aidiladha yang besar itu tidak lagi wujud dalam masyarakat kita.

Wednesday 2 September 2015

Promosi 5S

ASSALAMUALAIKUM....... Amalan 5S untuk Hari Ini: SEIKETSU Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka. Tulus ikhlas drpd: Jawatankuasa Promosi (QE/5S)

Tuesday 1 September 2015

MoTiVaSi DiRi






Windows 8 Miliki Delapan Fungsi Tombol Shortcut

REDMOND - Selain di Windows 7, pengguna komputer desktop juga dapat memanfaatkan fungsi shortcut (pintasan) pada platform Windows 8. Fungsi shortcut sendiri diyakini dapat meningkatkan produktivitas saat bekerja.
Berikut terdapat beberapa fungsi tombol shortcut di Windows 8 yang akan membuat pengguna merasakan pengalaman berbeza yang lebih menyenangkan saat menggunakan komputer.
Windows Key
Tombol ini terdapat di keyboard dan menggunakan lambang khas Windows. Pada Windows 8, Windows Key berperan membuka menu awal layar atau menukarnya dengan tampilan desktop.
Windows Key+D
Ketika menekan dua tombol tersebut, pengguna akan beralih ke tampilan desktop atau layar awal.
Windows Key+(.)
Fungsi perpaduan tombol ini berguna sebagai pin (menempatkan) atau unpin (mencopot) shortcut aplikasi yang terpasang di Windows.
Windows Key+X
Tombol tersebut akan membawa pengguna untuk bisa secara langsung mengakses fitur seperti Device Manager dan Command Prompt di Windows 8.
Windows Key+C
Saat menekan tombol shortcut ini, pengguna akan dibawa pada tampilan Charms di Windows 8.
Windows Key+I
Tombol tersebut berfungsi saat pengguna ingin beralih ke menu setting secara cepat.
Windows Key+Tab
Tekan dan tahan kedua tombol tersebut untuk beralih dari satu aplikasi ke aplikasi lainnya yang sedang diaktifkan.
Windows Key+Print Screen
Shortcut ini berfungsi membuat screenshot yang secara otomatis akan tersimpan di folder My Picture.